Blogger Widgets

aku sebuah jam tangan

Autobiografi - Aku Sebuah Jam Tangan

       Aku dilahirkan di Kyoto, Jepun. Aku diberi nama Alba. Aku dibungkus dengan plastik dan dimasukkan ke dalam kotak. Aku akan dieksport ke luar negara.
       Setibanya aku di Malaysia, aku telah dibawa ke sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis jenama jam tangan. Di kedai itu, aku diletakkan di dalam sebuah almari kaca dan dipamerkan. Badan aku yang bulat dan berjalur emas berjaya memikat perhatian setiap pengunjung.
      Pada suatu hari, seorang lelaki membelek-belek jam tangan yang ada di dalam almari itu. Dia terpandang aku. Setelah puas membelek-belek aku, akhirnya dia memberitahu pekedai bahawa dia ingin membeli aku. Selepas membayar hargaku, aku dibawa pulang.
      Setibanya di rumah, lelaki itu memanggil isterinya dan mengucapkan "Selamat Hari Jadi". Aku kemudiannya dikeluarkan dari kotak. Dia mengacukan aku di pergelangan tangan isterinya.
      Aku begitu gembira kerana dijadikan hadiah yang bersejarah bagi pasangan itu. Isterinya begitu sayang kepada aku. Aku sentiasa dipakai ke tempat kerjanya.
       Kini sudah tiga tahun aku bersama-sama pasangan itu. Aku dijaga dengan baik. Aku bertuah kerana mendapat tuan yang begitu menyayangi aku.

No comments:

Post a Comment